Tuesday, November 24, 2009
Tuesday, October 20, 2009
bukan penawar

Umum mengetahui tentang tahap kebersihan air sungai di negara ini. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan air di Malaysia dicemari oleh bahan buangan dan sisa industri, logam berat, bahan kimia dan sampah sarap.
Sebagai langkah pembasmikuman, Jabatan Bekalan Air menggunakan klorin untuk membunuh organisma yang mungkin mengancam kesihatan pengguna air.
Daripada gambar, boleh dilihat pekerja yang bertugas mengendalikan klorin perlu:
- Memakai pakaian khas sebelum memasukkan klorin.
- Dibekalkan dengan topeng yang menutupi keseluruhan muka dan mata.
- Perlu menggunakan bekalan oksigen agar tidak terhidu gas klorin.
Kesan klorin kepada tubuh manusia:
- Menjadi toksid kepada tubuh manusia jika terhidu.
- Menghakis tisu manusia.
- Amat berbahaya dan boleh membentuk hazad kimia sekiranya bertindak dengan acetylene, ether, gas ammonia dan hidrogen.
Pendidihan bukanlah cara terbaik untuk membuang klorin. Sebenarnya ia tidak menghilangkan kandungan klorin di dalam air. Sebaliknya pendidihan akan menghasilkan Trihalomethanes (TTHM) yang sangat mengerikan kesannya terhadap kesihatan penggunanya.
Sebenarnya, kesan daripada klorin yang disebutkan adalah kesan segera dan sehingga kini tiada siapa dapat memastikan seteruk mana kesan klorin terhadap manusia. TETAPI, daripada satu kajian yang dijalankan, KLORIN adalah satu daripada penyebab KANSER!
Selain itu, walaupun air telah dirawat dengan klorin, banyak lagi unsur2 cemar yang terdapat di dalam air paip yang boleh memudaratkan kesihatan. Karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis dan mayat juga antara pencemaran yang turut sama keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda sebagaimana yang sering dilaporkan.
Soalnya -- Apakah tindakan anda? Adakah faktor kos masih menjadi pertimbangan anda? Hubungi pakngah di talian 019-2285057... segalanya boleh dirunding. Sekiranya nasi telah menjadi bubur... penyesalan tidak menjadi penawar.
Wednesday, August 26, 2009
antara sedar dengan tidak

Sebagaimana ia mampu membunuh bakteria dan ikan di dalam akuarium, ia juga mampu merosakkan dan mematikan sel-sel di dalam tubuh badan manusia secara perlahan-lahan. Klorin juga boleh bertindak-balas dengan asid humik dan menghasilkan sejenis sebatian kimia --- klorofom yang boleh menyebabkan barah. Hasil sampingan klorin iaitu karsinogenik (penyebab barah) akan terhasil apabila klorin bertindak balas dengan sebatian organik di dalam air. Ia boleh memberikan kesan yang buruk kepada tubuh kita untuk jangka masa panjang kerana seperti yang kita tahu, 70% daripada kandungan tubuh kita adalah terdiri daripada air.
Selain itu, air paip yang kita guna juga tidak mustahil boleh terdedah kepada elemen-elemen yang tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya semasa proses perawatan di loji pembersihan air seperti arsenik, logam berat seperti raksa dan plumbum, amonia (cth. daripada najis khinzir) dan sisa buangan kilang, racun rumpai serta racun serangga dan sebagainya lagi.
Walaupun mempunyai kesan sampingan, penggunaan klorin adalah cara termurah untuk perawatan air umum buat masa ini bagi memastikan air yang dibekalkan bebas daripada bakteria pembawa wabak penyakit. Jika anda mempunyai lebih kesedaran untuk meminum air yang lebih sihat, bersih dan berkualiti serta untuk memberikan lebih jaminan kesihatan untuk anda sekeluarga untuk hari ini dan tahun-tahun mendatang, anda harus mengeluarkan sedikit belanja untuk perawatan tambahan air di rumah.
Sunday, August 16, 2009
ciri-ciri air yang hidup
- Bebas daripada Pencemaran Bakteria dan Bahan Kimia --- Air hidup mampu mencegah pembiakan organisma-organisma mikro penyebab penyakit dan bebas dari bahan kimia seperti klorin.
- Bermineral --- Air hidup mempunyai zat-zat mineral dan mengandungi unsur-unsur surih dalam bentuk yang paling mudah diserap dan sedia digunakan oleh sel-sel badan.
- Berakali --- Air hidup mempunyai pH beralkali untuk menyokong keseimbangan bendalir dalam badan. Keserasian ini sangat penting untuk memastikan badan dapat berfungsi pada tahap optimum.
- Saiz Molekul yang Kecil --- Satu cara untuk mengukur saiz kelompok molekul ialah menggunakan Teknologi Getaran Magnetik Nuklear (NMR). Air hidup mempunyai saiz kelompok molekul yang lebih kecil dengan bacaaan NMR di bawah 50 Hz. Air biasa seperti air paip dan air suling mempunyai bacaan sekitar 128 Hz dan air mineral sekitar 95 Hz. Semakin kecil bacaan NMR, semakin kecil saiz kelompok-kelompok molekulnya. Air berkelompok besar terpaksa diuja oleh sel-sel badan sebelum ia dapat diserap dan digunakan untuk fungsi sel. Apabila usia kita meningkat atau sakit, keupayaan sel-sel menjalankan fungsi ini akan menurun.
- Beroksigen --- Air hidup kaya dengan oksigen yang boleh digunakan terus oleh sel-sel.
- Potensi Mengurangkan Pengoksidaan --- Air hidup mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan oksigen aktif dan meningkatkan keimunan badan.
- Mampu Diaktifkan dengan Tenaga yang Penting --- Air hidup bergema dengan getaran penuh bertenaga dalam badan untuk mengekalkan kuasa dalam badan.
Wednesday, August 12, 2009
umak aii...macam ni rupanya

Tangki Air Ada Bangkai
Hasil pemeriksaan Syabas di rumah pengguna
Kadangkala tuduhan itu bukan semuanya salah Syabas malah ia juga berpunca daripada sikap pengguna sendiri mengakibatkan air yang disalurkan kotor, keruh dan berkeladak.
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, masalah air kotor itu kebanyakannya berpunca daripada sistem paip dalaman di rumah pengguna yang tidak diservis dengan baik.
Hal itu terbukti melalui beberapa siri pemeriksaan tangki air rumah yang dilakukan Syabas sejak beberapa tahun lalu. Penemuan terbaru dibuat di sebuah rumah di Kampung Baru di sini semalam.
Sungguh menjijikkan apabila melihat tangki air yang diperiksa. Ia disaluti karat tebal, berlendir dan mengeluarkan bau busuk hingga kelihatan seperti sebuah tangki najis.
"Kebanyakan pengguna Syabas tidak menyedari bahawa masalah bekalan air paip kotor di rumah mereka kebanyakannya berpunca daripada sistem paip di dalam rumah," katanya ketika ditemui selepas program Turun Padang Syabas di sini semalam.
Menurut Abdul Halem, pemeriksaan Syabas mendapati kira-kira 80 peratus daripada 1,076 aduan bekalan air kotor yang diterima pihaknya sejak 6 April lalu berpunca daripada sistem paip atau tangki air di dalam rumah yang telah usang dan berkarat.
Monday, August 3, 2009
jangan cemari perut anda...

- Jangan buang sampah ke sungai, tasik dan sumber air semulajadi yang lain. Sampah yang dibuang ke parit atau longkang akan sampai ke sungai atau tasik juga akhirnya.
- Gunakan bahan pencuci yang mesra alam bagi mengelakkan kesan pencemaran kepada air.
- Elakkan penggunaan baja kimia dan racun perosak yang boleh menyebabkan pencemaran dan keracunan air sungai.
- Jangan membuang bahan berminyak ke longkang, yang akhirnya sampai ke sungai juga. Minyak tidak terbiodegrasi dengan mudah.
- Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika anda melihat aktiviti pembuangan haram atau pencemaran.
- Pastikan air kumbahan dirawat sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Bahan-bahan kumbahan boleh menyebabkan air sungai sukar untuk dirawat untuk diminum.
- Jalankan aktiviti bersama-sama penduduk setempat bagi menjaga kebersihan longkang, sungai, tasik dan sumber air yang lain.
Monday, July 27, 2009
signifikan teknologi nano dan alkali tinggi...

- Menghasilkan komponen bersifat nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat.
- Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan.
- Molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien.
- Membekalkan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh.
- Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum.
- Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum.
- Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan.
- Nilai pH yang beralkali tinggi sesuai dengan keperluan badan. Amalan meminum air Imtiyaaz dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid.
- Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.
Sunday, July 26, 2009
susah ke nak install??
ganti tabung...

- TABUNG PRE (di luar) --- RM35.00 (6 bulan)
- TABUNG A --- RM80.00 (12 bulan)
- TABUNG B --- RM90.00 (18 bulan)
- TABUNG C --- RM120.00 (60 bulan)
- TABUNG D --- RM115.00 (24 bulan)
Friday, July 24, 2009
cerita tabung...
Langkah pertama untuk menangkis karat, habuk, tanah, sisa-sisa tercemar, klorin dan sebagainya. Cadangan penukaran: 3 hingga 6 bulan bergantung kepada keadaan air paip.
TABUNG A – Karbon yang diaktifkan dengan Granular NSF + KDF-55
Untuk menyerap bahan seperti bau, rasa, besi berat, klorin yang berlebihan dan bahan pencemar yang lain. Cadangan penukaran: 12 bulan bergantung kepada keadaan air paip.
TABUNG B – Blok Karbon Aktif
Untuk menyerap warna, bau, sisa-sisa toksik (klorin, trihalometana, bahan kimia organik) dan radioaktif. Cadangan penukaran: 18 bulan bergantung kepada keadaan air paip.
TABUNG C – Penapis Tenaga Optimum
- Mengandungi lebih daripada 10 jenis mineral dan ion negatif yang diperlukan untuk badan manusia.
- Memperbaiki nilai pH air mendekati kealkalian.
- Mempunyai kesan anti-oksida.
- Memecahkan molekul air kepada pecahan kecil untuk penyerapan lebih baik dan memperbanyakkan kandungan oksigen dalam air.
Cadangan penukaran : 5 tahun bergantung kepada keadaan air paip.
TABUNG D -- Blok Karbon Aktif Nano Perak
Thursday, July 23, 2009
hubungan bahan nano dengan tenaga

- Big water molecule clusters (H2O) which are not easily absorbed into body cell. Molekul yang besar dan berselerak tidak dapat menembusi sel-sel badan kita, tetapi molekul yang tersusun dan kecil dapat menembusi sel-sel dengan mudah; seterusnya memperbaiki sistem metabolisme dan pertahanan badan.
- Energy water with small water molecule clusters (H2O) are easily absorbed into the body’s cell. Its high solubility effectively enhance the absorption of nutrient by our body.
Molekul-molekul air yang kecil akan dapat menembusi sel-sel badan dengan mudah -- membekalkan oksigen yang secukupnya, membantu memperbaiki pengaliran darah dan meningkatkan daya hidup sel tubuh -- seterusnya meningkatkan gaya hidup yang sihat. - High dissolving power of energy water, binds to the waste toxins in our bodies and flushes them our through urine, sweat and etc. Akhirnya molekul-molekul kecil menyingkirkan toksin pada sel dan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan badan (pembuangan najis, peluh dsb).
anda dan imtiyaaz

Kenapa perlu memilih jenama Imtiyaaz?
- Murah.
- Berkualiti setaraf dengan jenama yang mahal.
Apakah dia Imtiyaaz Nano Alkaline Treatment System?
Teknologi kesihatan pada abad ke-21 menggunakan air berteknologi NANO yang sangat baik untuk kesihatan. Air berteknologi NANO dihasilkan melalui teknologi bio-ware yang menggabungkan bio seramik semulajadi Jepun dengan kadar ketulenan yang tinggi, serta bahan plastik berkualiti. Air berteknologi NANO yang kaya dengan oksigen di mana ia adalah dalam butiran molekul air yang sangat halus. Cara pemprosesan berteknologi tinggi akan menghasilkan tenaga nano di dalam air yang dipanggil air berteknologi NANO.
Meminum air berteknologi Nano IMTIYAAZ mampu meningkatkan sistem metabolisma badan. Air Berteknologi Nano IMTIYAAZ bukan sahaja dapat memberi tenaga tambahan malah ia juga dapat meningkatkan daya ketahanan badan serta mencegah penyakit. Air yang terhasil daripada Penapis Air IMTIYAAZ mengandungi 5 kelebihan yang utama:- Mengandungi tahap alkali yang tinggi yang berupaya menyingkirkan toksid di dalam badan.
- Mengandungi kadar oksigen dan mineral yang tinggi yang diperlukan oleh badan.
- Molekul air yang halus (teknologi NANO) mudah diserap oleh badan manusia.
- Bersih dan selamat -- tidak mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan.