Mengapa perlu bayar harga yang TINGGI, sedangkan anda MAMPU memilikinya dengan harga yang RENDAH. Anda dapat menikmati air yang bersih dan berkhasiat pada harga RM598 sahaja dengan menghubungi pakngah 019-2285057!! Jangan berlengah, utamakan kesihatan anda. Penghantaran percuma di seluruh Semenanjung Malaysia.

Wednesday, August 26, 2009

antara sedar dengan tidak

Umum menyedari bahawa air paip yang keluar melalui pili di rumah kita pada hari ini tidaklah 100% bersih. Walaupun air tersebut telah terlebih dahulu ditapis, diproses dan dirawat sebelum disalurkan ke rumah kita, ia tidak menjamin kebersihan air yang kita minum. Sistem saluran paip yang telah lama, akan menghasilkan karat dan keladak yang seterusnya menyebabkan air yang telah diproses ini tercemar kualitinya. Ditambah lagi dengan berita mengenai sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air yang tercemar, meningkatkan rasa curiga serta was-was terhadap kualiti air yang kita minum.

Sebahagian besar daripada kita juga mengetahui bahawa klorin digunakan di dalam proses perawatan air paip untuk membunuh mikrob dan organisma hidup di dalam air bagi memastikan air yang dibekalkan ke rumah kita bebas daripada bakteria pembawa penyakit. Walau bagaimanapun untuk jangka masa yang panjang klorin itu sendiri boleh memudaratkan manusia. Kesannya adalah secara perlahan-lahan dan tanpa kita sedari. Badan manusia mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk merasai kesan buruk klorin dan pada masa tersebut mungkin sudah terlambat untuk kita bertindak.

Sebagaimana ia mampu membunuh bakteria dan ikan di dalam akuarium, ia juga mampu merosakkan dan mematikan sel-sel di dalam tubuh badan manusia secara perlahan-lahan. Klorin juga boleh bertindak-balas dengan asid humik dan menghasilkan sejenis sebatian kimia --- klorofom yang boleh menyebabkan barah. Hasil sampingan klorin iaitu karsinogenik (penyebab barah) akan terhasil apabila klorin bertindak balas dengan sebatian organik di dalam air. Ia boleh memberikan kesan yang buruk kepada tubuh kita untuk jangka masa panjang kerana seperti yang kita tahu, 70% daripada kandungan tubuh kita adalah terdiri daripada air.

Selain itu, air paip yang kita guna juga tidak mustahil boleh terdedah kepada elemen-elemen yang tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya semasa proses perawatan di loji pembersihan air seperti arsenik, logam berat seperti raksa dan plumbum, amonia (cth. daripada najis khinzir) dan sisa buangan kilang, racun rumpai serta racun serangga dan sebagainya lagi.

Walaupun mempunyai kesan sampingan, penggunaan klorin adalah cara termurah untuk perawatan air umum buat masa ini bagi memastikan air yang dibekalkan bebas daripada bakteria pembawa wabak penyakit. Jika anda mempunyai lebih kesedaran untuk meminum air yang lebih sihat, bersih dan berkualiti serta untuk memberikan lebih jaminan kesihatan untuk anda sekeluarga untuk hari ini dan tahun-tahun mendatang, anda harus mengeluarkan sedikit belanja untuk perawatan tambahan air di rumah.

Kesimpulan : Jika anda mampu minum air zamzam setiap hari, itu adalah yang terbaik. Kebersihan dan keberkatannya dijamin oleh Allah SWT hingga ke hari qiamat. Jika tidak, Imtiyaaz Nano Alkaline Water Treatment pada harga mampu milik dapat memberikan air yang bersih, berkualiti dan beralkali untuk sel-sel tubuh anda hidup sihat... InsyaAllah.

Sunday, August 16, 2009

ciri-ciri air yang hidup

  • Bebas daripada Pencemaran Bakteria dan Bahan Kimia --- Air hidup mampu mencegah pembiakan organisma-organisma mikro penyebab penyakit dan bebas dari bahan kimia seperti klorin.
  • Bermineral --- Air hidup mempunyai zat-zat mineral dan mengandungi unsur-unsur surih dalam bentuk yang paling mudah diserap dan sedia digunakan oleh sel-sel badan.

  • Berakali --- Air hidup mempunyai pH beralkali untuk menyokong keseimbangan bendalir dalam badan. Keserasian ini sangat penting untuk memastikan badan dapat berfungsi pada tahap optimum.
  • Saiz Molekul yang Kecil --- Satu cara untuk mengukur saiz kelompok molekul ialah menggunakan Teknologi Getaran Magnetik Nuklear (NMR). Air hidup mempunyai saiz kelompok molekul yang lebih kecil dengan bacaaan NMR di bawah 50 Hz. Air biasa seperti air paip dan air suling mempunyai bacaan sekitar 128 Hz dan air mineral sekitar 95 Hz. Semakin kecil bacaan NMR, semakin kecil saiz kelompok-kelompok molekulnya. Air berkelompok besar terpaksa diuja oleh sel-sel badan sebelum ia dapat diserap dan digunakan untuk fungsi sel. Apabila usia kita meningkat atau sakit, keupayaan sel-sel menjalankan fungsi ini akan menurun.
  • Beroksigen --- Air hidup kaya dengan oksigen yang boleh digunakan terus oleh sel-sel.
  • Potensi Mengurangkan Pengoksidaan --- Air hidup mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan oksigen aktif dan meningkatkan keimunan badan.

  • Mampu Diaktifkan dengan Tenaga yang Penting --- Air hidup bergema dengan getaran penuh bertenaga dalam badan untuk mengekalkan kuasa dalam badan.

Wednesday, August 12, 2009

umak aii...macam ni rupanya

KEADAAN tangki air yang dikeluarkan oleh Syabas dari sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam begitu menjijikkan.


Tangki Air Ada Bangkai
Hasil pemeriksaan Syabas di rumah pengguna

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR - Pantang ada masalah air kotor berlaku, rata-rata kebanyakan 7.5 juta pengguna air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor biasanya 'menuding jari' kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Kadangkala tuduhan itu bukan semuanya salah Syabas malah ia juga berpunca daripada sikap pengguna sendiri mengakibatkan air yang disalurkan kotor, keruh dan berkeladak.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, masalah air kotor itu kebanyakannya berpunca daripada sistem paip dalaman di rumah pengguna yang tidak diservis dengan baik.

Hal itu terbukti melalui beberapa siri pemeriksaan tangki air rumah yang dilakukan Syabas sejak beberapa tahun lalu. Penemuan terbaru dibuat di sebuah rumah di Kampung Baru di sini semalam.

Sungguh menjijikkan apabila melihat tangki air yang diperiksa. Ia disaluti karat tebal, berlendir dan mengeluarkan bau busuk hingga kelihatan seperti sebuah tangki najis.

"Kebanyakan pengguna Syabas tidak menyedari bahawa masalah bekalan air paip kotor di rumah mereka kebanyakannya berpunca daripada sistem paip di dalam rumah," katanya ketika ditemui selepas program Turun Padang Syabas di sini semalam.

Menurut Abdul Halem, pemeriksaan Syabas mendapati kira-kira 80 peratus daripada 1,076 aduan bekalan air kotor yang diterima pihaknya sejak 6 April lalu berpunca daripada sistem paip atau tangki air di dalam rumah yang telah usang dan berkarat.

(Berita penuh di sini.)

Monday, August 3, 2009

jangan cemari perut anda...

Pencemaran air boleh membunuh hidupan akuatik dan hidupan sekeliling. Malah kesihatan manusia juga boleh terancam akibat pencemaran air. Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelakkan pencemaran air:
  • Jangan buang sampah ke sungai, tasik dan sumber air semulajadi yang lain. Sampah yang dibuang ke parit atau longkang akan sampai ke sungai atau tasik juga akhirnya.
  • Gunakan bahan pencuci yang mesra alam bagi mengelakkan kesan pencemaran kepada air.
  • Elakkan penggunaan baja kimia dan racun perosak yang boleh menyebabkan pencemaran dan keracunan air sungai.
  • Jangan membuang bahan berminyak ke longkang, yang akhirnya sampai ke sungai juga. Minyak tidak terbiodegrasi dengan mudah.
  • Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika anda melihat aktiviti pembuangan haram atau pencemaran.
  • Pastikan air kumbahan dirawat sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Bahan-bahan kumbahan boleh menyebabkan air sungai sukar untuk dirawat untuk diminum.
  • Jalankan aktiviti bersama-sama penduduk setempat bagi menjaga kebersihan longkang, sungai, tasik dan sumber air yang lain.
Kesimpulan: Segala jenis makhluk ada dalam air yang kita minum hari2... daripada yang halal sampai kepada spesis yang haram jadah. Anda bayangkan lepas anda menghirup kopi yang cukup pahit dan manisnya, ada satu kaki depan binatang tuh dah termasuk ke dlm perut anda. Lalu ke tekak anda?? Hishh... kalu anda tak sayang diri pun, sayang la anak bini. Meh... tel pakngah copek. Jangan biarkan binatang ini terus meresapi perut anda. Takkan nak biarkan perut anda terus menghadam dan menyerap khasiat daripada binatang itu. Kita tamatkannya di SINI!