Mengapa perlu bayar harga yang TINGGI, sedangkan anda MAMPU memilikinya dengan harga yang RENDAH. Anda dapat menikmati air yang bersih dan berkhasiat pada harga RM598 sahaja dengan menghubungi pakngah 019-2285057!! Jangan berlengah, utamakan kesihatan anda. Penghantaran percuma di seluruh Semenanjung Malaysia.

Wednesday, August 26, 2009

antara sedar dengan tidak

Umum menyedari bahawa air paip yang keluar melalui pili di rumah kita pada hari ini tidaklah 100% bersih. Walaupun air tersebut telah terlebih dahulu ditapis, diproses dan dirawat sebelum disalurkan ke rumah kita, ia tidak menjamin kebersihan air yang kita minum. Sistem saluran paip yang telah lama, akan menghasilkan karat dan keladak yang seterusnya menyebabkan air yang telah diproses ini tercemar kualitinya. Ditambah lagi dengan berita mengenai sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air yang tercemar, meningkatkan rasa curiga serta was-was terhadap kualiti air yang kita minum.

Sebahagian besar daripada kita juga mengetahui bahawa klorin digunakan di dalam proses perawatan air paip untuk membunuh mikrob dan organisma hidup di dalam air bagi memastikan air yang dibekalkan ke rumah kita bebas daripada bakteria pembawa penyakit. Walau bagaimanapun untuk jangka masa yang panjang klorin itu sendiri boleh memudaratkan manusia. Kesannya adalah secara perlahan-lahan dan tanpa kita sedari. Badan manusia mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk merasai kesan buruk klorin dan pada masa tersebut mungkin sudah terlambat untuk kita bertindak.

Sebagaimana ia mampu membunuh bakteria dan ikan di dalam akuarium, ia juga mampu merosakkan dan mematikan sel-sel di dalam tubuh badan manusia secara perlahan-lahan. Klorin juga boleh bertindak-balas dengan asid humik dan menghasilkan sejenis sebatian kimia --- klorofom yang boleh menyebabkan barah. Hasil sampingan klorin iaitu karsinogenik (penyebab barah) akan terhasil apabila klorin bertindak balas dengan sebatian organik di dalam air. Ia boleh memberikan kesan yang buruk kepada tubuh kita untuk jangka masa panjang kerana seperti yang kita tahu, 70% daripada kandungan tubuh kita adalah terdiri daripada air.

Selain itu, air paip yang kita guna juga tidak mustahil boleh terdedah kepada elemen-elemen yang tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya semasa proses perawatan di loji pembersihan air seperti arsenik, logam berat seperti raksa dan plumbum, amonia (cth. daripada najis khinzir) dan sisa buangan kilang, racun rumpai serta racun serangga dan sebagainya lagi.

Walaupun mempunyai kesan sampingan, penggunaan klorin adalah cara termurah untuk perawatan air umum buat masa ini bagi memastikan air yang dibekalkan bebas daripada bakteria pembawa wabak penyakit. Jika anda mempunyai lebih kesedaran untuk meminum air yang lebih sihat, bersih dan berkualiti serta untuk memberikan lebih jaminan kesihatan untuk anda sekeluarga untuk hari ini dan tahun-tahun mendatang, anda harus mengeluarkan sedikit belanja untuk perawatan tambahan air di rumah.

Kesimpulan : Jika anda mampu minum air zamzam setiap hari, itu adalah yang terbaik. Kebersihan dan keberkatannya dijamin oleh Allah SWT hingga ke hari qiamat. Jika tidak, Imtiyaaz Nano Alkaline Water Treatment pada harga mampu milik dapat memberikan air yang bersih, berkualiti dan beralkali untuk sel-sel tubuh anda hidup sihat... InsyaAllah.

2 comments:

  1. Salam Pakngah,
    Semakin banyak cerita-cerita ngeri pasal air ni abah dengar. Nantilah abah kontek Pakngah.

    ReplyDelete
  2. salam abahaman,
    pakngah blh dikontek 24 jam/hr 7 hr/mggu 365 hr/thn

    ReplyDelete