Mengapa perlu bayar harga yang TINGGI, sedangkan anda MAMPU memilikinya dengan harga yang RENDAH. Anda dapat menikmati air yang bersih dan berkhasiat pada harga RM598 sahaja dengan menghubungi pakngah 019-2285057!! Jangan berlengah, utamakan kesihatan anda. Penghantaran percuma di seluruh Semenanjung Malaysia.

Wednesday, August 12, 2009

umak aii...macam ni rupanya

KEADAAN tangki air yang dikeluarkan oleh Syabas dari sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam begitu menjijikkan.


Tangki Air Ada Bangkai
Hasil pemeriksaan Syabas di rumah pengguna

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR - Pantang ada masalah air kotor berlaku, rata-rata kebanyakan 7.5 juta pengguna air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor biasanya 'menuding jari' kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Kadangkala tuduhan itu bukan semuanya salah Syabas malah ia juga berpunca daripada sikap pengguna sendiri mengakibatkan air yang disalurkan kotor, keruh dan berkeladak.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, masalah air kotor itu kebanyakannya berpunca daripada sistem paip dalaman di rumah pengguna yang tidak diservis dengan baik.

Hal itu terbukti melalui beberapa siri pemeriksaan tangki air rumah yang dilakukan Syabas sejak beberapa tahun lalu. Penemuan terbaru dibuat di sebuah rumah di Kampung Baru di sini semalam.

Sungguh menjijikkan apabila melihat tangki air yang diperiksa. Ia disaluti karat tebal, berlendir dan mengeluarkan bau busuk hingga kelihatan seperti sebuah tangki najis.

"Kebanyakan pengguna Syabas tidak menyedari bahawa masalah bekalan air paip kotor di rumah mereka kebanyakannya berpunca daripada sistem paip di dalam rumah," katanya ketika ditemui selepas program Turun Padang Syabas di sini semalam.

Menurut Abdul Halem, pemeriksaan Syabas mendapati kira-kira 80 peratus daripada 1,076 aduan bekalan air kotor yang diterima pihaknya sejak 6 April lalu berpunca daripada sistem paip atau tangki air di dalam rumah yang telah usang dan berkarat.

(Berita penuh di sini.)

2 comments:

  1. Salam pakngah,
    Eee... abah pun dah lama tak cek tangki. Entah-entah tangki pun dah tak ada.

    ReplyDelete
  2. salam abahaman, tangki takde? jgn risau... nak yg mcmana... pvc, fiber, stainless steel?

    ReplyDelete